Sukan SEA Hanoi : Beregu campuran badminton raih emas ke-38

0
1

MALAYSIA merangkul pingat emas ke-38 menerusi Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dalam acara beregu campuran badminton Sukan SEA, hari ini.

Kemenangan itu menamatkan penantian Malaysia mendambakan emas selama 23 tahun dalam acara beregu campuran dengan mengatasi rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 15-21, 21-19, 21-13 di perlawanan akhir.

Kali terakhir beregu campuran negara merangkul pingat emas ialah pada 1999 di Sukan SEA Brunei menerusi gandingan Chew Choon Eng-Chor Hooi Yee.

Ini adalah satu-satunya pingat emas yang disumbangkan oleh kontinjen badminton dalam temasya edisi kali ini.

Kejayaan beregu campuran negara itu bermakna skuad negara yang dibarisi sepenuhnya pemain pelapis akan pulang dengan satu emas, dua perak dan satu gangsa. – Malaysiapost

Kredit foto: Fb BAM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here