Pemilihan PKR : Sistem pengundian dalam talian di Sabah alami masalah teknikal

0
1
PKR candidates Christina Liew on the second day of campaigning for Sabah Election at Gaya Street walkabout in Kota Kinabalu. — ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

SISTEM pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 di tempat mengundi seluruh Sabah mengalami masalah teknikal sehingga mencetuskan kekecohan selama tiga jam.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang juga calon Ketua Cabang Kota Kinabalu, Datuk Christina Liew, berkata beliau berasa terkejut apabila mendapati namanya sebagai calon tidak tersenarai dalam sistem pengundian dalam talian.

Beliau hanya mengetahui perkara terbabit apabila ramai pengundinya telah mengadu namanya tidak keluar didalam sistem ketika mereka ingin mengundi setelah dua jam pertama undi dibuka, lapor Berita Harian.

“Disebabkan itu, saya terus mengadu pada petugas di kaunter. Nama saya hanya muncul selepas jam 11 pagi tetapi ketika itu ramai pengundi saya sudah pulang,” katanya kepada media di pusat mengundi di Golden Hotel, di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau kecewa kerana ramai pengundinya yang datang awal pagi terutamanya dari luar daerah ke sini untuk mengundinya tetapi gagal berbuat demikian.

“Ada daripada kalangan mereka yang datang dari jauh dengan menaiki bas dan bot ke Kota Kinabalu semata-mata untuk membuang undi.

“Bagaimanapun kita hanya mengikuti peraturan disamping saya juga turut membuat aduan ke ibu pejabat berhubung perkara terbabit.

“Saya benar-benar terkejut dengan kejadian itu dan ia tidak sepatutnya berlaku. Apa pun masalah seperti masalah teknikal dan sebagainya, saya tidak tahu (secara mendalam) mengenai. Saya cuma ambil berat terhadap pengundi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here