PELUMBA negara, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff meraih emas ke-37 buat Malaysia dalam acara berbasikal lebuh raya lelaki, di Sukan SEA Hanoi Vietnam, hari ini
Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia.
“Pingat emas yang ke-37. Mantap!!! Nur Aiman Mohd Zariff meraih pingat emas dalam acara Men’s Individual Road Race,” katanya.
Susulan itu, pingat emas yang diraih Mohamad Nur Aiman itu boleh dikatakan bonus apabila ia melepasi sasaran yang ditetapkan untuk kontinjen negara iaitu 36 pingat emas di temasya sukan dwi tahunan itu. – Malaysiapost

