Malaysia berjaya tarik RM16.52 bilion pelaburan dari AS

0
1

Ketika sidang media khas bersama rakan-rakan media pada pagi ini, saya berkongsi dengan mereka tentang hasil dari Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat bermula dari 9 Mei hingga 18 Mei lalu yang telah berjaya menarik pelaburan bernilai RM16.52 bilion.

MALAYSIA berjaya menarik pelaburan bernilai RM16.52 bilion hasil dari Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat (AS) bermula 9 hingga 18 Mei lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pencapaian itu merangkumi pengembangan pelaburan dan pelaburan baharu dari syarikat terkemuka AS.

Beliau berkata antara syarikat terkemuka berkenaan adalah Texas Instruments, Insulet, Ferrotec, AWS dan Cue Health.

“Nilai pelaburan AS ini adalah satu kejayaan kepada negara, memberi bukti kukuh bahawa Malaysia kekal menjadi lokasi utama kepada firma asing untuk bertapak sekaligus menjadi pintu masuk ke ASEAN serta Asia.

“Mungkin ramai yang bertanyakan, apakah pentingnya pelaburan AS ini kepada Malaysia.

“Sebagai negara kecil yang bergantung kepada perdagangan, komitmen syarikat luar untuk bertapak di Malaysia membuka pintu dan ruang kepada banyak perkara,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Menurutnya, pertama sudah semestinya melalui pengukuhan ekonomi negara, membantu mencergaskan kembali ekonomi pasca pandemik Covid-19.

“Kedua, ia membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi, meningkatkan produktiviti negara. Ketiga, ia membolehkan kita mengadaptasi teknologi baru kepada perniagaan domestik serta mempercepatkan peralihan teknologi.

“Keempat, pelaburan dari AS, sebagai antara negara kuasa besar dunia secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan pelaburan dari negara-negara lain,” katanya.

Beliau turut percaya, lebih banyak kejayaan akan dapat kita kecapi dalam masa mendatang dan apa yang dilaksanakan ketika ini adalah untuk masa depan Malaysia yang lebih kukuh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here