Kit Siang dakwa Najib putar belit kenyatannya

0
1
https://www.roketkini.com/2021/10/13/covid-19-mengapa-prestasi-malaysia-lebih-buruk-berbanding-indonesia/

AHLI Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanipulasi kenyataannya mengenai krisis ekonomi yang berlaku di Sri Lanka melalui serangan oleh ‘tentera’ sibernya.

Veteran DAP itu berkata, Najib menuduhnya sebagai menghasut rakyat Malaysia apabila mempersoalkan sama ada Malaysia akan menghadapi nasib yang sama seperti Sri Lanka, apabila bertanya sekiranya rumah-rumah Perdana Menteri dan Menteri-menteri di Malaysia akan dibakar oleh penunjuk perasaan yang marah seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lalu.

Kit Siang berkata, ahli politik yang sebenar akan tahu apa yang dikatakan itu bukannya menyeru kepada keganasan seperti pembakaran rumah Perdana Menteri dan Menteri-menteri.

“Tetapi hanya memberikan amaran yang kita perlu menghayati pengajaran daripada apa yang berlaku di Sri Lanka dan kita tidak boleh membenarkan suasana politik dan sosio-ekonomi negara merosot sehingga menjadi sebuah negara gagal seperti yang terjadi di Sri Lanka dalam setengah abad yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pada mulanya beliau menggunakan tajuk “Adakah rumah Perdana Menteri dan Menteri-menteri Malaysia akan dibakar oleh penunjuk perasaan seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas?” untuk kenyataan yang dibuat.

“Tetapi setiausaha politik saya yang juga merupakan seorang peguam yang berpengalaman, Syahredzan Johan, mengatakan ia boleh dilihat oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai menghasut untuk mengganggu keamanan.

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan ini tetapi saya tidak mempunyai sebarang bantahan untuk mengubah tajuk kenyataan ini kepada “Bolehkah Malaysia mendapatkan pengajaran dari Sri Lanka?” 

“Kerana niat saya bukanlah untuk mencetuskan apa-apa pergolakan seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam kenyataan saya, sebaliknya hanya untuk memberikan amaran mengenai bahaya apabila suasana politik dan sosio-ekonomi dibiarkan untuk terus merosot sehingga menjadi sebuah negara yang gagal seperti yang berlaku di Sri Lanka,” katanya.

Menurut Kit Siang, beliau sudah menjangka ahli politik yang terdesak dan juga oportunis akan mengambil kesempatan berhubung kenyataan dibuatnya.

“Melalui pakar propaganda dan tentera siber mereka, untuk memusing dan memutarbelitkan makna dan tujuan asal kenyataan saya sebagai kononnya satu hasutan, apa yang tidak jangka adalah untuk seorang bekas Perdana Menteri sendiri untuk berbuat demikian.

Beliau turut menegaskan kepada Najib bahawa telah bersara dari politik kompetitif, tetapi tidak bersara dari politik dan setiap rakyat Malaysia, malah setiap individu, perlu melawan wabak maklumat dan berita palsu dan penipuan dalam era infodemik semasa ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here