TAN Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai seorang negarawan berjiwa besar susulan kenyataannya yang tidak menghalang PAS untuk bekerjasama dengan Umno.
Ketua Penerangan PAS, Senator Khairil Nizam Khiruddin berkata negara memerlukan lebih ramai pemimpin bersikap sedemikian dan bukannya mementingkan diri sendiri.
“Saya cukup gembira dengan sikap negarawan berjiwa besar yang ditunjukkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu Penyatuan Ummah ini.
“Negara kita perlukan lebih ramai pemimpin yang berjiwa besar seperti ini, bukannya pemimpin yang meletakkan kepentingan diri lebih dari kesejahteraan rakyat.
“Terima kasih Tan Sri,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya semalam.
BACA LAGI: Calon PRU15: Hamzah tegur Bersatu Terengganu, jangan cuba dahului parti
Kelmarin Muhyiddin dilaporkan berkata Bersatu mengambil pendekatan tidak menghalang kerjasama PAS dan Umno kerana berpegang kepada prinsip penyatuan ummah. – Malaysiapost

