Kaji semula pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar ke Indonesia – Patriot

0
1

PELANTIKAN Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia perlu dikaji semula, kata Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).

Ini kerana kata Presidennya, Mohamed Arshad Raji ia menyebabkan rasa curiga yang meluas dalam kalangan orang awam.

“Ini perlu difikirkan semula segera. Penurunan pendapat umum terhadap langkah Perdana Menteri dan Kabinetnya tidak boleh diabaikan.

“Sehubungan itu, Patriot menuntut Perdana Menteri dan Kabinetnya memikirkan semula dan segera membatalkan pelantikan itu,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Mohamed Arshad berkata pihaknya menerima banyak keluhan dan rasa tidak senang mereka terhadap pelantikan tersebut.

Malah katanya kempen dalam talian digerakkan pihak tertentu bagi mendesak Tajuddin meletak jawatan telah mendapat sokongan yang pantas.

“Bukanlah susah sangat untuk memahami kekecewaan orang ramai dan mengapa ada protes yang meluas terhadap pelantikan duta ke Indonesia itu.

“Walaupun Perdana Menteri menjamin Jakarta mengalu-alukan pelantikan tersebut, rakyat patriotik Malaysia tidak berpendapat begitu,” katanya.

BACA LAGI: Pelantikan Tajuddin dipersetujui Jokowi – PM 

Kelmarin, spekulasi pelantikan Duta Malaysia ke Indonesia terjawab apabila Tajuddin mengesahkan akan memulakan tugasnya itu pada akhir bulan ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia turut mendapat persetujuan daripada Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Perdana Menteri berkata beliau difahamkan Ahli Parlimen Pasir Salak itu sudah menerima surat persetujuan daripada Presiden Indonesia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here