‘Siapa-siapa yang boleh tolong ubatkan saya..tolonglah’ – Ustaz Kazim

0
1

PENDAKWAH terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias merayu kepada pihak yang mempunyai kepakaran membantu merawat penyakit kulit pada tangannya.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim turut memuat naik sekeping gambar keadaan kulit tangannya yang ditumbuhi biji-biji hitam serta menggerutu.

Menerusi hantaran sama, Ustaz Kazim seakan meluahkan penderitaan yang ditanggungnya akibat penyakit berkenaan, sekali gus mengundang simpati netizen dan pengikut Facebooknya.

“Siapa-siapa yang boleh tolong ubatkan saya..tolonglah. Berat mata memandang berat lg bahu yg menanggung. Pada Allah kita berserah,” tulisnya ringkas.

Hantaran yang dimuatnaik kira-kira 30 minit lalu itu mendapat lebih 4,000 komen dengan rata-rata netizen berasa simpati dan mendoakan kesembuhan buat pendakwah itu, selain berharap beliau tabah menghadapi dugaan.

Nena Ahmad berkata: “Semoga ustaz diberikan kesembuhan dn dlm lindungan Allah. Aamiin.”

Tok Singa berkata: “Semoga Allah menyembuhkan ustaz….Mintak detail untuk saya menghubungi ustaz insyaAllah.”

Jazahara Adam berkata: “Ya, Allah sembuhkanlah hambaMu…moga Allah kurniakan kesembuhan, kesihatan dan dilindungi daripada segala kejahatan hati manusia..Aamiin.”

BACA LAGI: Ustazah Asma’ tegur ‘Influencer’ berhijab menari K-Pop di media sosial

Selain itu, ada juga netizen yang bersedia menawarkan rawatan kepada Ustaz Kazim yang dipercayai terkena sihir, selain berharap pendakwah itu berhati-hati.

Tahun lalu, media melaporkan, keluarga Ustaz Kazim tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami pendakwah terkenal itu ketika ini akibat terkena sihir.

Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, Ustaz Kazim menderita bengkak kaki sehingga menyukarkannya untuk berjalan.

Menurutnya, pakar perubatan yang ditemui bagi tujuan rawatan tidak dapat mengesan punca penyakit terbabit.

Sementara itu, menerusi perkongsian video ‘live’ di Facebooknya, Ustaz Kazim menunjukkan gambar kotak berisi objek yang ditemui di pusat pengajiannya.

Katanya, kotak itu berisi abu dan dalam abu berkenaan terdapat gambarnya yang dibakar, dijumpai di laluan tempatnya mengajar di Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here