Penganggur dituduh culik budak lelaki 7 tahun

0
1

SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Taman Scientex, Pasir Gudang, 11 Mei lalu.

Tertuduh, Muhammad Rahim Ahmad, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zulhilmi Ibrahim, lapor Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menculik mangsa daripada penjagaan yang sah di sisi undang-undang, berhampiran sebuah sekolah agama kira-kira jam 11.30 pagi 11 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 1 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

Pada 11 Mei lalu, tular dalam media sosial beberapa rakaman video dan gambar mendakwa seorang lelaki menculik seorang kanak-kanak lelaki berpakaian seragam sekolah agama.

Tindakan lelaki itu dikata digagalkan orang awam yang mendengar jeritan kanak-kanak terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here