Nahas 5 pelajar USAS: Pemandu treler didakwa 5 pertuduhan petang ini

0
2

PEMANDU treler yang terlibat dalam nahas  tragis mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar minggu lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar petang ini.

Lelaki berusia 28 tahun itu akan disabitkan atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata kertas siasatan kes itu telah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan tuduh di mahkamah.

“Pemandu tersebut akan dibawa ke mahkamah petang ini untuk menghadapi lima pertuduhan,” katanya.

Polis sebelum ini telah mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menahan reman pemandu berkenaan selama tujuh hari bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here