Kemenangan BN untuk manfaat rakyat – Ahmad Maslan

0
1
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kebangkitan Barisan Nasional (BN) termasuk mencatat pencapaian memberangsangkan dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) akan memanfaatkan rakyat.

Dalam hantaran ringkas di Facebooknya, Ahli Parlimen Pontian itu, berkata parti itu juga berazam untuk terus mendahulukan rakyat dan prihatin terhadap isu yang dihadapi mereka.

Jelasnya lagi, BN bangkit daripada kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan mencatat prestasi memberangsangkan termasuk menawan 16 kerusi dalam PRN Sabah iaitu daripada hanya satu kerusi, sebelum ini.

“BN bangkit daripada kekalahan PRU14 dgn memenangi 7 PRK. Daripada 1 kerusi di Sabah kepada 16 org ADUN.

“Menang 21/28 di Melaka dan 40/46 di Johor. (BN) menang untuk manfaat rakyat. Azam kita dahulukan rakyat dan prihatin rakyat,” tulisnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengarah Pilihan Raya BN mengharapkan Umno perlu mengambil pendirian jelas untuk menyegerakan PRU-15 dalam tahun ini juga, bukannya tahun depan.

Gesaan itu dibuat kerana mendakwa pihak lawan ketika ini berada dalam kedudukan amat lemah berdasarkan keputusan beberapa PRN baru-baru ini, selain persefahaman politik dalam kalangan pembangkang ketika ini sangat bercelaru. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here