Jangan pernah lelah menjadi pelita bagi Keluarga Malaysia – PM

0
1

GURU umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat. Onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang, itulah ungkapan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menggambarkan jasa guru mendidik anak bangsa.

Sempena Hari Guru hari ini, Perdana Menteri berharap semua guru dapat mendukung amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

“Tanggal 16 Mei merupakan hari yang cukup bermakna buat warga pendidik atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.

“Saya berharap para pendidik akan terus berbakti dan melaksanakan amanah yang diberikan untuk anak-anak Keluarga Malaysia kita.

“Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru. Jangan pernah lelah menjadi pelita bagi Keluarga Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, Perdana Menteri berkata, tema sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu

“Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” juga bertepatan dengan komitmen mereka untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam melahirkan pewaris generasi masa depan negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here