Dera anak saudara sampai mati, suami isteri direman 7 hari

0
1

DUA suspek berusia 40 tahun yang disyaki mendera anak saudara mereka berusia lapan tahun hingga menyebabkan kematian direman selama tujuh hari.

Pasangan suami isteri itu yang juga penjaga kanak-kanak perempuan terbabit direman sehingga Ahad minggu hadapan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.

Terdahulu, pasangan terbabit ditahan polis di Taman Desa Pengkalan Bandaraya, Ipoh semalam selepas disyaki mendera anak saudara mereka berusia lapan tahun.

Polis menerima laporan dari pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Mangsa yang dibawa oleh ambulans telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi akibat didera.

Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah ‘multiple blunt injury’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here