PM harap sambutan Hari Wesak disambut penuh harmoni, kasih sayang

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap sambutan Hari Wesak yang disambut penganut Budha hari ini, diraikan dalam suasana kasih sayang dan penuh harmoni.

Ismail Sabri berkata, Hari Wesak disambut untuk memperingati falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan dan melakukan kerja-kerja amal, selain toleransi dan kasih sayang.

“Semua perayaan diraikan dalam suasana kasih sayang, dan hormat menghormati dengan penuh harmoni.

“15 Mei 2022, Keluarga Malaysia yang beragama Buddha menyambut Hari Wesak.

“Selamat Menyambut Hari Wesak bagi yang beragama Buddha di Malaysia,” katanya dalam ucapan ringkas di Facebook.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin berkata, Hari Weesak adalah satu lagi hari istimewa bagi Keluarga Malaysia hari ini.

“Kepada rakan-rakan, sahabat handai dan seluruh rakyat Malaysia yang menganut agama Buddha – Selamat Menyambut Hari Wesak.

“Semoga perayaan bermakna ini dapat mengukuhkan lagi semangat #KesatuanDalamKepelbagaian sesama kita demi Malaysia yang kekal aman dan makmur,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here