PAU Khas: Bukti kematangan Umno sebagai institusi politik – Reezal Merican

0
1

PERHIMPUNAN Agung Khas Umno yang diadakan hari ini, memperlihatkan kematangan Umno sebagai sebuah institusi politik yang dinamik lagi progresif.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata perhimpunan berkenaan cukup signifikan dan bermakna buat parti yang menyambut Ulang Tahun Ke-76 itu.

“Selamat bersidang saya ucapkan kepada semua perwakilan ke Perhimpunan Agung Khas Umno 2022.

“Semoga persidangan kali ini akan terus mengukuhkan ukhuwah sesama kita untuk meneruskan kesinambungan perjuangan parti demi rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan berkata, beliau bersyukur kerana perwakilan Umno dapat bertemu sekali lagi pada perhimpunan hari ini.

“Selamat datang kepada seluruh perwakilan Umno Bahagian-Bahagian ke Perhimpunan Agung Khas Umno dan Sambutan Hari Umno.

“Tahun lepas, kami dapat bertemu hanya sekali dan dilaksanakan secara hibrid dengan perwakilan yang bersidang secara atas talian di Bahagian masing-masing.

“Tahun ini kita dapat berhimpun dengan kuorum sepenuhnya tetapi di dalam dewan yang berbeza,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here