Covid-19: 2,373 kes baharu, 5 kematian semalam

0
1
grafik

MALAYSIA mencatatkan 2,373 lagi kes baharu Covid-19, setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 4,475,873 kes sejak wabak melanda negara.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu dikesan semalam itu, 2,370 kes adalah penularan tempatan dengan tiga lagi adalah kes import.

Sebanyak 29,762 kes aktif direkodkan semalam, dengan 28,425 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, sebanyak 1,261 kes sedang mendapatkan rawatan di hospital dengan 31 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi serta memerlukan alat bantuan pernafasan ICU.

Sementara, 16 kes lagi dirawat di ICU tidak memerlukan alat bantuan pernafasan dan 29 kes ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selangor menjadi negeri tunggal mencatatkan kes baharu empat angka iaitu sebanyak 1,089 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 359 kes, Pulau Pinang (189), Negeri Sembilan (162), Perak (116), Melaka (97), Pahang (58), Johor (55), Putrajaya (53) dan masing-masing 51 kes di Kedah serta Sabah (51).

Selain itu ialah Sarawak dengan 48 kes, Terengganu (25), Kelantan (11), Perlis (6) dan Labuan (3).

Setakat semalam sebanyak 1,340 kes dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah individu yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 ialah sebanyak 4,410,499 kes.

Dalam pada itu, semalam terdapat lima kematian dilaporkan termasuk satu kes di luar hospital atau atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 kini meningkat kepada 35,612 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here