Tiga mayat pelajar USAS sudah dikenal pasti

0
1

TIGA lagi mayat pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsa, yang rentung dalam kemalangan di Kilometer (KM) 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, semalam, sudah kenal pasti melalui semakan rekod pergigian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, ketiga-tiga mayat yang melalui bedah siasat serta proses pengecaman hari ini disahkan sebagai Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19.

“Identiti mereka disahkan berdasar kepada perbandingan dengan rekod pergigian dari klinik dan institut pergigian lain.

“Muhammad Nasrun Aidol dari Kuala Kubu Bharu, Selangor adalah pemandu Honda City yang terbakar; Iqbal Hasnun dari Senai, Johor adalah penumpang belakang kanan manakala Muhamad Nabil Haikal dari Batu Caves, Selangor adalah penumpang tengah belakang.

“Mayat dijangka diserahkan kepada waris selepas selesai proses pengecaman sebentar lagi,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Jenazah tiga penuntut itu dijangka akan disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun di USAS, malam ini sebelum diserahkan kepada waris masing-masing untuk dikebumikan.

Semalam, identiti dua daripada lima mayat iaitu Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, disahkan yang mana Ahmad Naim Najmi adalah penumpang hadapan manakala Ahmad Akmal adalah penumpang belakang kiri Honda City. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here