360 tan minyak masak terpakai dirampas

0
2

SEJUMLAH 360 tan minyak sawit keladak (SPO) atau minyak masak terpakai dengan nilai anggaran berjumlah RM1.5 juta, dirampas di sekitar Lembah Klang, Selangor semalam kerana dipercayai melanggar syarat permit yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, bertindak atas maklumat awam, pihaknya bersama cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK) serta penguatkuasa, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
telah melancarkan satu serbuan dalam operasi di Sungai Buloh, Selangor semalam.

“Serbuan dilakukan terhadap satu sindiket menjual dan membeli SPO atau minyak masak terpakai yang dipercayai melanggar syarat permit yang ditetapkan.

“Dalam operasi tersebut, seorang lelaki warga tempatan, berusia 34 tahun telah berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.

“Sejumlah 300 tan SPO atau minyak masak terpakai yang dibeli daripada pengusaha restoran / kedai makan sekitar lembah klang telah dirampas. keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hazani berkata, suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 5 (1) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.

“Justeru, dengan kejayaan operasi ini, JKDNKA bersama MPOB telah dapat mengenal pasti modus operandi dan implikasi terhadap industri minyak sawit negara penguatkuasaan, kawalan serta pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan oleh JKDNKA dan MPOB melalui operasi bersama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here