PKR Johor Bahru sokong Rafizi sebagai Timbalan Presiden

0
2

AHLI Jawatankuasa PKR Johor Bahru sebulat suara untuk menyokong Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden parti itu.

Cabang Johor Bahru turut menyokong calon-calon untuk jawatan Naib Presiden, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Ketua Wanita yang sepasukan dengannya.

Ahli Jawatankuasa PKR Johor Bahru menerusi kenyataan yang dikongsi Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti penerimaan akar umbi, kempen, debat, kemampuan dan komitmen dikemukakan.

“Proses Pemilihan KEADILAN meraikan demokrasi yang tiada bandingnya dengan parti-parti politik lain tanah air.

“Menginsafi rakyat berhadapan dengan cabaran ekonomi dan ketidaktentuan masa depan negara, inilah peluang KEADILAN mengembalikan kesungguhan perjuangan isu-isu rakyat disamping mengemukakan tawaran-tawaran yang lebih jitu,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa itu juga mengalu-alukan anggota PKR Johor Bahru yang memilih undian secara fizikal untuk keluar mengundi seperti di No 48, Jalan Idaman 3, Taman Larkin Idaman, 80350 Johor Bahru mulai jam 9 pagi hingga 5 petang esok.

Dalam pemilihan kali ini, Rafizi bakal berdepan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here