Najib cadang Petronas ambil alih Sapura

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan supaya Petronas mengambil alih syarikat Sapura Energy Berhad (Sapura Energy).

Menurutnya, langkah itu perlu dilaksanakan segera kerana tanpa sebarang tindakan sehingga 10 Jun ini, syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) kedua terbesar dunia mungkin diisytiharkan muflis.

Cadangan itu antara dua syor dikemukakan beliau sebagai langkah untuk menyelamatkan Sapura Energy melalui program Debat Perdana yang disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di sini malam ini.

Beliau turut mengsyorkan syarikat itu diselamatkan melalui pinjaman bank yang dijamin kerajaan.

Katanya, penyelamatan Sapura Energy sebenarnya tidak menggunakan duit rakyat, sebaliknya akan menyelamatkan 10,500 anak tempatan yang berkemahiran dan 3,000 vendor tempatan.

“Sapura Energy kekal syarikat strategik yang menjadi penggerak kepada sektor O&G negara. Syarikat ini memiliki potensi bernilai RM92 billion dalam masa dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Debat Perdana bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan secara langsung dari Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) malam ini.

Najib menjelaskan, beliau bertegas untuk menyelamatkan Sapura Energy disebabkan ia membabitkan 10.6 juta pelabur dalam Permodalan Nasional Bhd (PNB) dengan nilai pelaburan RM5 bilion untuk menguasai 40 peratus pegangan dalam syarikat itu.

“Sapura Energy juga pernah menjadi syarikat O&G kedua terbesar dunia. Masalah dihadapi syarikat ini adalah membabitkan struktur industri dan kejatuhan harga minyak dunia selama tujuh tahun.

“Jika ada penyelewengan boleh ambil tindakan. Jika muflis yang rugi adalah negara dan rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here