Polis siasat kematian bayi di rumah pengasuh

0
1

SEORANG bayi lelaki berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Serdang dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuhnya di daerah Kajang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Serdang mengenai kejadian itu.

“Pegawai berkenaan memaklumkan telah menerima bayi berusia 11 bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa dari rumah pengasuh.

“Keterangan daripada pengasuh sudah diambil dan setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bedah siasat sudah dijalankan semalam di Unit Forensik Hospital Serdang dan polis masih menunggu keputusan makmal.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya.

“Orang ramai yang ada maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here