MALAYSIA meraih pingat emas kelapan di Sukan SEA yang disumbangkan atlet terjun kebangsaan, Muhammad Syafiq Puteh apabila mengungguli acara 3 meter (m) papan anjal individu, sebentar tadi.

Muhammad Syafiq mengumpul 381.35 mata, mengatasi rakan senegara, Gabriel Gilbert Daim dengan 357.30 mata, untuk memenangi pingat perak.
Beliau yang pernah meraih emas dalam acara 3m papan anjal seirama campuran bersama Jasmine Lai Pui Yee di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan perak di Sukan SEA Filipina 2019 (3m papan anjal individu).
Malaysia kini mengungguli kutipan pingat keseluruhan dengan lapan emas, tujuh daripadanya adalah menerusi acara terjun, manakala satu dari acara silat. – Malaysiapost

