Hilang di KL, jumpa di Kedah

0
1

HILANG di Kuala Lumpur, namun selepas tiga hari seorang remaja lelaki ditemui dalam keadaan selamat, beratus kilometer nun jauh di utara.

Muhammad Al Muizz Almawardi, 16, dilapor hilang selepas keluar rumah untuk menunaikan solat subuh di Masjid Al Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Cheras, Ahad lalu, ditemui selamat di Kedah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata Muhammad Al Muizz ditemui di Pokok Sena, hari ini, hasil maklumat orang awam.

Muhammad Idzam berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggoga Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pergi ke Pokok Sena dan menemui remaja berkenaan dalam keadaan baik di rumah rakannya.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, remaja itu dalam keadaan sihat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengetahui sebab remaja berkenaan boleh berada di tempat terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BACA LAGI: Remaja 16 tahun tidak pulang lepas keluar solat subuh di masjid

Semalam, media melaporkan polis sedang mengesan remaja terbabit yang dilapor tidak pulang ke rumah selepas dipercayai keluar menunaikan solat subuh di masjid yang terletak kira-kira 500 meter dari kediamannya, Ahad lalu.

Sementara itu Harian Metro melaporkan, bapa remaja itu, Almawardi Mohamad, 41, ketika dihubungi mengesahkan penemuan anaknya.

Menurutnya, anaknya ditemui dalam keadaan selamat oleh polis sekitar 12 tengah malam tadi.

Almawardi berterima kasih kepada semua pihak yang membantu serta menyiarkan kisah kehilangan anaknya ke semua platform media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here