Sukan SEA: Wendy Ng sumbang pingat emas kelima

0
1

PENERJUN negara, Wendy Ng Yan Yee meneruskan aksi cemerlang dalam saingan 3 meter (m) papan anjal individu wanita di Sukan SEA Hanoi, apabila menyumbang emas kelima buat negara, hari ini.

Kejayaan itu merupakan pingat emas kedua peribadi buat atlet berusia 28 tahun berkenaan selepas gandingannya bersama Ker Ying semalam berjaya merangkul emas dalam acara 3m papan anjal seirama.

Wendy yang mempamerkan penguasaan sejak terjunan pertama mengutip keseluruhan 270.60 mata dalam lima terjunan.

Ia sekali gus membolehkan dia mempertahankan emas yang dimenanginya tiga tahun lalu di Filipina.

Manakala rakan senegara, Ong Ker Ying meraih perak apabila mengutip 242.40 mata dan gangsa menjadi milik penerjun Singapura, Fong Kay Yian dengan 230.15 mata. – Malaysiapost

Kredit Foto: Instagram Wendy Ng

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here