Sukan SEA Hanoi: Malaysia berpeluang tambah pingat acara terjun

0
1

KONTINJEN Malaysia yang kini mendahului kedudukan pingat dalam temasya Sukan SEA Hanoi berpeluang menambah pingat lagi melalui kem terjun negara dalam dua saingan final di Pusat Akuatik My Dinh, Vietnam, hari ini.

Pasukan negara kini mengumpul enam pingat iaitu empat emas, satu perak dan satu gangsa yang kesemuanya diraih oleh skuad terjun negara.

Pingat-pingat berkenaan disumbangkan oleh atlet Nur Dhabitah Sabri (emas) selepas mengungguli acara 1 meter (m) papan anjal wanita; gandingan Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang (emas) dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki; Tze Liang (emas) bagi acara 1m papan anjal lelaki; dan pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying (emas) dalam acara 3m papan anjal seirama wanita.

Kimberly Bong pula mencipta kejutan merangkul perak dalam acara 1m papan anjal wanita, manakala gangsa diraih oleh Betrand Rhodict Anak Lises dalam acara 1m papan anjal lelaki.

Hari ini, kontinjen negara berpeluang menambah pingat pada saingan final acara 3m papan anjal individu wanita melalui Ng Yan Yee dan Ong Ker Ying, yang dijadualkan pada jam 4 petang ini.

Satu lagi saingan final yang membabitkan penerjun negara adalah acara 10m platform seirama lelaki oleh gandingan Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jayasurya yang dijadualkan pada jam 5.45 petang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here