Covid-19: 2,246 kes baharu semalam

0
1
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

SEBANYAK 2,246 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan setakat semalam, meningkat sebanyak 88 kes berbanding 2,153 kelmarin.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 kini mencecah 4,461,135 kes, sejak wabak itu melanda negara.

Menurut data portal COVIDNOW, jangkitan baharu itu membabitkan 2,241 penularan tempatan dan lima kes import.

Selangor mencatat angka harian tertinggi dengan 1,160 kes, diikuti Kuala Lumpur (261) dan Pulau Pinang (151).

Seterusnya, Negeri Sembilan (116), Johor (104), Perak (97), Kedah (92), Melaka (51), Kelantan (46), Sarawak (39), Sabah (38), Pahang (36), Terengganu (32), Perlis (13), Labuan (enam) dan Putrajaya (empat).

Sebanyak 22,368 kes aktif, setakat semalam, dengan 21,230 (94.9 peratus) sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Sementara itu, sebanyak 1,065 kes dirawat di hospital dan 69 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), sementara empat ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Dalam pada itu, satu lagi kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dan tiada kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Jumlah kematian akibat Covid-19 kini meningkat kepada 35,584 kes. Sementara itu, sebanyak 2,433 lagi kes sembuh dilaporkan, membawa kepada jumlah kumulatif 4,403,183, setakat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here