Wanita cemas jumpa ular dalam kereta

0
1

SEORANG wanita bersama dua anaknya menghadapi situasi cemas apabila kenderaan mereka dimasuki ular.

Kejadian itu dikongsi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya semalam.

Menerusi hantar itu, ia memaklumkan tiga anggota mereka sebelum itu melihat sebuah kenderaan dalam keadaan tergesa-gesa berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 26.7 Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu disedari pasukan rondaan diketuai Ahmad Khairuddin Khalid Othman, bersama dua lagi anggota iaitu Faisa Mohd Sapri dan Yusni Akop.

“Pemandu kenderaan dan anaknya telah keluar memaklumkan terdapat seekor ular di bahagian letak kaki pemandu dan meminta bantuan anggota JPJ untuk mencari ular tersebut.

“Setelah menggeledah seketika, ular jenis tedung telah dijumpai dan berjaya dikeluarkan dari kenderaan,” katanya.

BACA LAGI: Sultan Johor Zahir rasa bangga terhadap Florence Tan

Susulan itu, pemandu kenderaan tersebut mengucapkan terima kasih atas keperihatinan dan bantuan serta tindakan pantas yang diberikan oleh anggota JPJ yang bertugas. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here