Remaja 16 tahun tidak pulang lepas keluar solat subuh di masjid

0
2

Nurul Huda Abhar

SEORANG remaja lelaki dilaporkan hilang sejak semalam apabila tidak pulang semula ke rumah selepas keluar menunaikan solat subuh di Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Berita kehilangan Muhammad Al Muizz Almawardi, 16, tular di media sosial selepas bapanya memuat naik hantaran di Facebook sejak semalam.

“Nak minta tolong siapa yang ada nampak atau berhubung dengan anak saya Muhammad Al Muizz Bin Almawardi (16 tahun), pohon hubungi saya di (0132484367) atau isteri saya (0132306168) segera.

“Anak keluar solat subuh tadi (8 Mei 2022) di Masjid Al-Muqarrabin dan tidak pulang hingga kini,” tulis Almawardi Mohamad.

Beliau berkata, laporan polis mengenai kehilangan anak lelakinya itu telah dibuat pada hari ini.

Katanya, beliau dan keluarga telah cuba menghubungi Muhammad Al Muizz menerusi panggilan telefon, menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp dan panggilan video namun tidak berhasil.

“Mohon pertolongan sangat-sangat. Status sehingga hari ini masih belum dijumpai. Mohon kongsi semua,” ujarnya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Almawardi Mohamad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here