Mekanik bunuh isteri malam raya didakwa

0
1

SEORANG mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas tuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah pada malam Aidilfitri lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohd Syawalludin Ismail, 38, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain, lapor Kosmo!.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati yang mana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Siti Nadirah Mohd Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya antara jam 12 tengah malam hingga 3.30 pagi pada 1 Mei lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

BACA LAGI: Juruterbang ‘nasi ganja’ didakwa hari ini

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Nurul Husna Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ikat jamin diberikan dan mahkamah kemudian menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Baru-baru ini, media melaporkan seorang lelaki membunuh isterinya di sebuah rumah flat sekitar Cheras kerana tidak berpuas hati mangsa memuat naik di media sosial berkaitan kecurangan lelaki itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here