ALIRAN trafik tinggi dilaporkan di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang, berikutan orang ramai pulang ke ibu kota selepas perayaan Aidilfitri.
Menurut Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat jam 10 pagi tadi, trafik sesak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah ke Kuala Lumpur.
Kenderaan bergerak perlahan sebelum masuk ke Plaza Tol Bentong menghala ke Bukit Tinggi sepanjang 12.7 kilometer (km).
Sementara itu, aliran trafik tinggi di Lebuhraya Utara-Selatan di lokasi Tapah ke kawasan rehat dan rawat (RNR) Tapah sepanjang 4.7km.
Trafik juga bergerak perlahan di kawasan hentian sebelah Ladang Bikam menuju ke Sungkai sepanjang 1.7km.
LLM juga melaporkan setakat jam 7.10 pagi tadi, keadaan trafik di semua lebuhraya bertol di kawasan Lembah Klang masih bergerak lancar. – Malaysiapost

