“Selamat Hari Ibu buat ibu di seluruh dunia” – PM

0
1

“TANGAN yang menghayun buai mampu menggoncang dunia.”

Demikian ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyanjungi jasa pengorbanan bonda tersayang yang membesarkan beliau dan adik-beradik dalam serba kekurangan.

Beliau berkata, kelembutan dan keikhlasan allahyarham ibunya dalam membesarkan anak-anak sangat dikagumi.

“Terima kasih mak atas segala jasa yang dicurahkan… yang tidak mampu insan bergelar anak membalas jasa mak.

“Buat anak-anak di luar sana, berilah kasih sayang sepenuhnya kepada ibu semasa masih ada.

“Jasa ibu tidak terbalas, wang ringgit bukan segala-galanya tetapi kasih sayang dan perhatian memadai menjadi pengubat hati yang penuh kerinduan.

“Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu di seluruh dunia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here