Sukan SEA Hanoi: Dhabitah hadiah pingat emas sulung kepada Malaysia

0
1

MALAYSIA meraih emas sulung dalam temasya Sukan SEA Hanoi menerusi atlet terjun, Nur Dhabitah, hari ini.

Seperti diramal, Dhabitah tidak menghadapi kesukaran untuk menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen negara selepas mengungguli saingan acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita.

Penerjun berusia 23 tahun itu nyata sukar digugat apabila mengumpul keseluruhan 290.45 mata dalam aksi di Pusat Akuatik My Dinh.

Rakan sepasukan Dhabitah, Kimberly Bong memastikan kedudukan 1-2 di atas podium buat Malaysia apabila meraih perak selepas mengumpul 230 mata. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here