KKM nafi dakwaan laman Facebook “Ainalienshop-TW”

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menegaskan tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan.

Ia termasuk insulin untuk merawat Diabetes seperti didakwa oleh laman Facebook “Ainalienshop-TW”.

Malah menurut KKM, gambar yang digunakan di laman sosial tersebut adalah gambar yang telah diubahsuai.

“KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya.

“KKM juga sekali lagi ingin menegaskan kepada para pengusaha atau pemilik produk untuk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan serta mengelirukan orang ramai,” menurut kementerian itu menerusi hantaran di Facebooknya.

KKM turut memuatnaik gambar yang telah diubahsuai memaparkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama seorang individu dengan kapsyen “Khairy menyokong kebenaran tentang pemulihan diabetes”. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here