Menteri jaga air bukankah PAS, Khaled persoal kenyataan Mursyidul Am PAS 

0
1

SEORANG pemimpin kanan Umno menyindir Mursyidul Am PAS yang mendakwa masalah air di Kelantan bukan disebabkan kecuaian pemimpin parti Islam tersebut, sebaliknya kerana tidak dibantu kerajaan Pusat. 

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin dengan menyatakan bahawa menteri yang menjaga air kini daripada parti tersebut. 

“Menteri jaga air bukankah PAS,” tulis Mohamed Khaled ringkas menerusi ciapan di Twitter. 

Untuk rekod, Menteri Alam Sekitar dan Air ketika ini ialah Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden PAS. 

Semalam sebuah portal melaporkan, Hashim berkata PAS terus kekal mentadbir Kelantan selama 32 tahun disebabkan akhlak pemimpinnya yang bersih daripada rasuah dan sikap berjimat-cermat. 

Hashim berkata, masalah air di negeri itu yang dikaitkan sebagai kegagalan pentadbiran negeri bukan disebabkan kecuaian pemimpin PAS, sebaliknya berpunca daripada kurangnya peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan. 

“Soal air (di Kelantan) boleh diatasi kalau peruntukan pusat dia bagi sepenuhnya…air tak ada bukan kerana pemimpin PAS cuai tapi sebab tak ada duit. 

“Saya dah nilaikan semua, (ibarat) kalau nak marah pada orang miskin tak pakai kereta…dia miskin, dia buat apa dia mampu,” katanya. 

Beliau mengulas dakwaan bahawa PAS gagal memajukan Kelantan sehingga menyebabkan lahirnya gerakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan untuk menumbangkan pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here