Ustaz Mustafa Shaari meninggal dunia

0
1

TIMBALAN Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Perak, Mustafa Shaari meninggal dunia jam 4.05 petang semalam selepas dirawat beberapa hari di Hospital KPJ Manjung, Perak.

Allahyarham sebelum itu dilaporkan di rawat di Hospital Manjung berikutan komplikasi jantung dan beberapa masalah lain.

Berita pemergian arwah yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Perak itu dimaklumkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Fairuz Hafiizh Othman.

“Badan Perhubungan PAS Perak sangat merasai kehilangan murabbi yang begitu istiqamah menghidupkan tarbiah PAS Perak.

“Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS Perak merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita sedih itu turut dikongsikan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad yang menyifatkan Allahyarham seorang yang istiqamah dan tidak pernah jemu-jemu menjalankan program tarbiyah sejak daripada belajar di al Azhar lagi.

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut berkesempatan mengimamkan solat jenazah Allahyarham di Masjid Lama Kampung Gajah, semalam.

“Semoga sahabatku berehat di sana, semoga amalnya selama ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi peneman semasa di dalam kubur,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here