Azizulhasni sakit?

0
2

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berkongsikan satu foto dirinya sedang terlantar di sebuah katil sebuah hospital.

Namun, menerusi hantaran di Facebooknya, Azizulhasni tidak menyatakan secara lanjut mengenai penyakit atau apa yang sedang beliau lalui.

Beliau hanya mengucapkan syukur atas nikmat dan ujian yang diberikan Allah SWT serta berkongsikan sebuah hadis mengenai ujian.

“Aku bersyukur dengan segala nikmat dan ujian dari Mu Ya Allah.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan, “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

BACA LAGI: Liga ACL: Sultan Johor zahir ucapan tahniah kepada JDT

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang jujur dan sesungguhnya Dia benar-benar mengetahui orang-orang yang dusta!,” (29:2)#WeAreOneWithAzizul#DemiMalaysia#teamazizul #azizulawang,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, beliau memuatnaik sekeping gambar di atas katil sebuah hospital dalam keadaan lemah dipercayai baru selesai menjalani pembedahan.

Hantaran berkenaan mendapat simpati netizen dengan rata-ratanya mendoakan agar atlet yang digelar ‘The Pocket Rocketman’ itu segera sembuh.

Menurut seorang pengguna Facebook yang meninggalkan komen di hantaran tersebut memaklumkan, Azizulhasni menghidap ‘Coronary Artery Anomalies’.

Rohaizad Hussin berkata, dia difahamkan Azizulhasni sudah berjaya menjalani pembedahan.

“Kini beliau masih sedikit lemah tetapi keadaan semakin baik dan terus menjalani pemulihan. Semoga cepat sihat, Dato’! #KamiTeamMalaysia,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here