Aidilfitri disambut Isnin di Malaysia

0
1

UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022,” katanya. 

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Sementara itu, umat Islam di Indonesia juga akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here