Wanita risau bapa silap pindah wang ke akaun orang lain

0
2

SEORANG wanita menggelabah apabila bapanya tersilap memindahkan wang ke akaun bank milik individu lain.

Wanita itu berkongsi perasaannya di laman Twitter dan berharap warganet dapat membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.

“HELP (tolong) tersalah transfer!” ciapnya.

Dia kemudian memohon pertolongan warganet untuk menjejaki seorang lelaki bagi merayu individu tersebut memulangkan semula wang berkenaan.

Dalam ciapan lain, wanita yang dikenali sebagai Nysa itu menjelaskan, bapanya secara tidak sengaja melakukan kesilapan dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun dipercayai milik seorang lelaki.

BACA LAGI: Pejabat Perdana Menteri santuni bekas pengamal media

“First thing first, ayah tersalah satu digit nombor tanpa check nama terus proceed untuk transfer. Gambar screenshot (SS) first tu saya yang check untuk semak nama orang tu,” katanya.

Menurut Nysa, bapanya yang menetap di Terengganu melakukan transaksi pada Khamis lalu (28 April) sekitar pukul 9.30 malam di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN).

Hasil semakannya selepas transaksi itu mendapati bapanya tersilap memindahkan wang berjumlah RM5,200 kepada individu bernama ‘Raj’.

“Mohon warga Twitter viralkan sebab itu duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dia,” katanya.

Nysa berkata, dia yang menetap di Kuantan, Pahang sudah membuat aduan berhubung perkara tersebut di bank di kawasannya sehari selepas kejadian.

“Pihak bank cakap tak boleh bagi rekod apa-apa atau kongsi maklumat orang tu sebab privasi dan salah diri sendiri.

“Last choice saya hanya dapat viralkan saja, harap ada rezeki untuk dapat balik duit,” katanya.

Dalam ciapan itu, Nysa turut memuat naik resit transaksi berkenaan dan juga laporan polis yang dibuat oleh bapanya.

Bagaimanapun dia tidak menjelaskan mengenai penerima sebenar dan tujuan wang tersebut dipindahkan. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here