PENCEMARAN bau disyaki diesel dipercayai berlaku di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih di Jenderam Hilir) pada jam 12.30 tengah hari tadi.
Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan, pihaknya menerima maklumat tersebut daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.
“Bagaimanapun, berdasarkan pemantauan statik LUAS sekitar 1.5 kilometer (km) daripada muka sauk tersebut pada jam 12 tengah hari tadi menunjukkan bacaan 0 ton,” katanya.
Menurut LUAS, siasatan sedang dijalankan pihaknya di beberapa lokasi lain yang mungkin menjadi punca pencemaran tersebut.
BACA LAGI: Hubungan Malaysia-Singapura tidak terjejas – Saifuddin Abullah
“LUAS juga telah meningkatkan kekerapan pensampelan bau di lokasi pemantauan statik daripada 1 jam kepada 30 minit untuk memantau rapi status semasa air sungai.
“Justeru, sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. – Malaysiapost

