Muafakat Nasional sudah mati – MB Perlis

0
1

KERJASAMA dalam Muafakat Nasional (MN) disifatkan ‘sudah mati’ walaupun terdapat segelintir ahli Umno masih optimis dengan persefahaman itu bersama PAS.

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata walaupun MN masih wujud tetapi kini berada dalam keadaan tidak aktif dan sudah ‘mati’.

“MN ini masih lagi ada tetapi dia tidak aktif dan boleh dikatakan seperti sudah ‘mati’ sebenarnya, malah saya sendiri tak dapat penelahan ke mana arah MN selepas ini.

“Ini disebabkan kita lihat pihak PAS nampaknya lebih mirip untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dan kita sudah membuat ketetapan bahawa Umno tidak akan bersama dengan PN,” katanya.

Azlan yang juga Menteri Besar Perlis berkata, di peringkat Umno sendiri telah ada ketetapan mereka tidak akan bersama Bersatu bagi membentuk kerjasama.

“Wujud suatu isu di sini jadi kita boleh buat kesimpulan sendirilah agaknya ke arah mana MN ini akan pergi.

“Selain itu, kita di peringkat ini hanya boleh bercakap dan membuat penilaian berdasarkan pendapat masing-masing tetapi parti yang akan buat keputusan sebagai pihak pembuat keputusan tertinggi,” katanya.

Beliau berkata, Majlis Kerja Tertinggi Umno yang akan menentukan hala tuju MN ini kelak mengambil kira perkembangan yang akan berlaku pada masa kini dan akan datang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here