KKM akan jumpa waris pesakit Covid-19 meninggal di HTAR

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah meneliti aduan kematian seorang pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang dan akan bertemu pengadu bagi memaklumkan hasil siasatan.

Ia berhubung surat dikemukan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 26 Febuari lalu berkenaan kes itu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata pesakit adalah wanita berusia 69 tahun yang mempunyai pelbagai komorbid telah mendapatkan rawatan di HTAR pada 25 Oktober tahun lalu dengan diagnosis Covid-19 Kategori 4.

“Bagaimanapun, pesakit mengalami komplikasi susulan jangkitan Covid-19 dan meninggal dunia pada 28 November 2021.

“KKM bersimpati dengan pemergian mending dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

“Susulan itu waris mendiang mengemukakan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) pada 13 Januari 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Sha’ari berkata, pihak HTAR menyambut baik aduan itu dan telah menyiasat di pelbagai peringkat iaitu berdasarkan garis
panduan sedia ada di KKM.

Namun begitu, katanya, setakat ini waris mendiang mash belum bersedia untuk hadir sesi pertemuan antara pihak HTAR dan waris.

“Susulan itu, KKM telah meneliti aduan ini dan memutuskan untuk menghubungi
pengadu bagi mengaturkan pertemuan untuk memaklumkan hasil siasatan.

“Waris boleh menghubungi pihak HTAR, JKNS atau Bahagian Amalan Perubatan KKM sekiranya memerlukan maklumat lanjut berhubung proses pengurusan aduan ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here