Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia, rebah ketika solat di masjid

0
2
sharifah zarina

PENYANYI Sharifah Zarina berkongsi khabar duka ayahanda tersayang Wan Hassan Syed Jamil Alqadry Aljilani meninggal dunia malam tadi.

Berita duka itu dikongsi Sharifah Zarina menerusi video di laman Instagram miliknya, awal pagi tadi.

Bapanya yang menetap di Kuching Sarawak dikatakan rebah ketika menunaikan solat di masjid.

“Semasa dia (Allahyarham) berada di masjid hendak solat Isyak dan Tarawih, dia rebah pada solat sunat Isyak,” katanya.

Ketika kejadian itu para jemaah yang berada di masjid tersebut membantu Allahyarham sebelum menghubungi ahli keluarganya.

Pelantun lagu ‘Langit Ketujuh’ itu turut memohon agar mendoakan semoga urusan bapa dipermudahkan.

“Mohon kalian semua mendoakan abah (Allahyarham) saya,” katanya lagi.

Difahamkan jenazah Allahyarham telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut sebelum urusan pengebumian selepas solat Jumaat, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here