Aliff Syukri nak saman RM1 juta kena tuduh ‘memondan’

0
1

USAHAWAN kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu selepas dituduh ‘memondan’ dalam video klip lagu raya nyanyiannya, Kelepok Raya.

Aliff, 35, berkata individu itu yang juga penyanyi diminta membuat permohonan maaf secara bertulis dalam tempoh 24 jam selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan melampau.

“Sila padam hantaran anda yang melampau dalam masa 24 jam sebelum surat saman saya hantar kepada anda. Siapa makan cili dia terasa pedas.

“Kalian rasa siapa? Terang-terang tulis nama saya. Orang lain okey tapi ini mamat dah lebih-lebih. Jangan ingat saya senyap, saya tak bertindak. Saya baru saja menang saman orang RM500,000,” tulis Aliff dalam hantaran InstaStory.

Dalam masa sama, Aliff menjelaskan biarpun ramai mengecam video klip tersebut, namun lagu raya nyanyiannya itu tetap menjadi trending di tangga teratas carta YouTube.

“Orang mengutuk, lagu aku dah sembilan hari masih trending. Jadi ramailah orang panas. Cemburu. Lepas itu naikkan cerita aku. Nak tumpang namalah tu,” ujarnya lagi.

Rata-rata netizen dapat mengagak gerangan artis tersebut biarpun usahawan itu tidak menyatakan secara terperinci namanya.

Sebelum ini, artis lelaki itu berpendapat bahawa kemunculan Aliff dengan lagu Kelepok Raya bukanlah untuk publisiti mahupun mendapatkan wang.

Katanya, ini kerana dua perkara tersebut sememangnya sudah dimiliki boleh diraih usahawan itu dengan mudah.

“Tujuan video ini dibuat, satu saja. Pasal nak memondan. Itu saja.

“Kau nak memondan, itu kau punya hal dengan Allah. Tapi nak promosi benda-benda macam itu masa Ramadan? Kau ini tahap sial yang lain Lip (Aliff),” tulisnya.

Terdahulu, Aliff mencetuskan kontroversi selepas video klip lagu raya terbaharunya memaparkan aksi tidak sopan sekumpulan penari lelaki menari sambil mengenakan songkok dan singlet. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here