Kes baharu Covid-19 kekal bawah 4,000 semalam

0
1
hospital sg buloh covid vaksin

KES harian Covid-19 di negara ini masih kekal di bawah angka 4,000 apabila mencatatkan 3,471 kes baharu, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata catatan kes baharu semalam sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 4,440,383 kes sejak virus maut itu melanda negara.

Katanya, kes harian yang direkodkan semalam membabitkan 3,461 kes tempatan dan 10 kes import.

“Sebanyak 1,118 kes iaitu 32.21 peratus dalam kategori 1, dan 2,326 kes atau 67.01 peratus adalah kategori 2.

“Kategori 3 mencatatkan 11 kes iaitu 0.32 peratus, kategori 4 sebanyak lapan kes dengan 0.23 peratus, manakala kategori 5 sebanyak lapan kes atau 0.23 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 27 kes kategori 3, 4 dan 5, sebanyak lima kes iaitu 18.52 peratus tidak atau belum divaksinasi, 13 kes sudah menerima dua dos vaksin dan sembilan kes sudah menerima dos penggalak.

“Manakala, 13 kes berumur 60 tahun ke atas, 14 kes mempunyai komorbid,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah kes sembuh semalam adalah sebanyak 6,900 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,346,421 kes,” katanya. – Malaysiapos

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here