Ebit Lew santuni penghuni penjara di Indonesia

0
1

SELEPAS menyantuni golongan ‘punk’ di Jakarta, pendakwah bebas Ebit Lew berpeluang melawat dan berbuka puasa bersama penghuni penjara Rutan Salemba, semalam.

Perkongsian Ebit di laman Facebook miliknya, menunjukkan beliau mengagihkan juadah berbuka dan selepas itu memberi tazkirah kepada penghuni di situ.

“Sebak sayu rasa masa jamu belanja buka puasa bagi penghuni Penjara Rutan Salemba Jakarta. Lebih 6,000 orang di Penjara ini.

Beri sedikit tazkirah buat mereka. Ramai juga yang kenal saya. Hormat dan tekun mendengar. Semoga Allah beri rahmat dan kebaikan buat mereka semua,” ujarnya dalam hantaran itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji dakwah yang dilakukan pengasas empayar Elews Mart itu kerana menyantuni semua golongan tanpa pilih kasih.

“Hamba Allah yang hebat.. semua tempat dia boleh masuk dengan izin Allah… Allahmdulilah,” kata Al Hadi.

“Ramai ustaz yang boleh dan pandai bagi ceramah.. Tapi tak ramai yang boleh buat dan hebat seperti UEL,” ujar Ajip Hashim.

“Penjara pun ustaz sampai…moga tak putus asa berdakwah..moga Allah sentiasa beri jalan mudah pada ustaz,” kata Ieda Hidayah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here