Seramai 1,000 sukarelawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini DBKL turun padang di sekitar ibu negara bagi bergotong royong membersihkan kawasan dikenalpasti berlaku banjir kilat.
Aktiviti tersebut diketuai Datuk Haji Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL.
Menurut DBKL, sukarelawan terdiri daripada pelbagai jawatan itu telah membersih dan mengenalpasti punca berlaku air bertakung khususnya bagi membolehkan tindakan lanjut dilakukan.
Mereka terlibat turun padang meliputi kawasan di Parlimen Bukit Bintang dan Lembah Pantai.
Turut menyertai gotong royong adalah lain-lain Pengarah Eksekutif dan ketua-ketua jabatan DBKL.
“Program turun padang ini dapat mengenalpasti secara langsung punca berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur untuk tindakan segera,” kata DBKL menerusi hantaran di Facebooknya.
Baru-baru ini beberapa kawasan di ibu negara sekali lagi dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sebelum itu. – Malaysiapost

