DAP memberi jaminan akan mengambil perhatian terhadap segala isu melibatkan masyarakat India.
Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata beliau mendengar pandangan dan maklum balas daripada pengarang akhbar dan portal media berbahasa Tamil berhubung isu berkenaan.
Ia susulan perjumpaan beliau dengan pengamal media terbabit dalam satu majlis makan tengahari di Brickfields semalam.
“Saya mengambil kesempatan menjawab pelbagai persoalan berkenaan pendirian dan hala tuju parti dalam keadaan politik yang sungguh mencabar ketika ini.
“Saya juga mendengar pandangan dan maklum balas mereka berkenaan sentimen masyarakat kaum India dan isu-isu yang perlu diberi perhatian,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
BACA LAGI: RUU Anti Lompat Parti: Semakin banyak kemajuan dicapai – PH
Siew Fook berkata siri perjumpaan seperti itu akan diteruskan bersama organisasi media berlainan untuk membina hubungan kerja rapat antara DAP dan media. – Malaysiapost

