PENGARAH dan penerbit sensasi Micheal Ang menyelar tindakan individu yang tidak berpuas hati dengan pakaian yang dibeli secara atas talian yang digambarkan seperti ‘indah khabar dari rupa’.
Micheal menerusi Instagram miliknya, berkata pembeli harus ingat bahawa iklan baju yang dipromosikan dan iklan tersebut adalah dipakai oleh model.
“Sudah-sudah la ‘post’ cakap beli baju online tak seperti apa diiklankan. Anda kena ingat tau gambar mereka model yang pakai. Anda model ke?
“Kedua anda beli ikut apa yang anda fikir akan muat dan material pun kau tengok di gambar sahaja. Semua benda lepas ambil gambar dan kena touch up cantik la. Nama pun iklan,” katanya dalam hantaran itu.
Pengarah drama ‘Setelah Terlafaznya Akad’ itu juga berkata jika mahu memilih pakaian yang bersesuaian pembeli harus pergi ke kedai dan bukannya membeli secara dalam talian.
BACA LAGI: Ahmad Idham sertai Bersatu
Katanya, pembeli harus faham bahawa pembelian secara dalam talian mempunyai risiko dan sepatutnya jika ada apa-apa masalah rujuk kembali pada penjual baju.
“Saya rasa kalau beli baju kena cuba dan sentuh material baru beli. Kalau beli online terima sehaja apa yang dapat dan tukar balik kalau tidak puas hati, tak payah nak kutuk-kutuk.
“Melainkan baju sampai tu kotor ke tau keseluruhan bukan apa yang anda order. Mesti aku akan kena kutuk, bring it on!,” katanya.
Baru-baru ini, tular di laman TikTok pembeli baju raya meluahkan rasa kecewa setelah menerima baju yang dipesan secara dalam talian.
Mereka mendakwa material baju yang dijual tidak seperti digambarkan dalam iklan, serta terdapat juga pembeli menerima baju yang telah rosak dan koyak. – Malaysiapost

