PENGANJURAN rumah terbuka sepanjang Aidilfitri kali ini dibenarkan sama ada diadakan secara terbuka atau dalam premis dan bangunan (indoor).
Berdasarkan Protokol Sambutan Hari Raya 2022, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata rumah terbuka secara indoor dibenarkan dengan syarat memakai pelitup muka.
Bagi rumah terbuka secara ‘outdoor’ pula, katanya, orang ramai digalakkan memakai pelitup muka.
Kedua-dua aktiviti itu bagaimanapun tidak membenarkan individu positif Covid-19 untuk hadir.
Sementara itu protokol tersebut juga membenar aktiviti ziarah perkuburan dengan digalakkan memakai pelitup muka.
Dalam sidang medianya, Khairy turut memaklumkan, bersalaman dibenarkan tetapi individu perlu sentiasa mencuci tangan serta menggelak dari menyentuh muka selepas itu.
Tambahnya lagi, aktiviti takbir raya di masjid dan surau dibenarkan termasuk ziarah rumah ke rumah.
“Namun dengan syarat perlu sentiasa pakai pelitup muka,” katanya. – Malaysiapost

