2 beradik perempuan maut dilanggar lori

0
2

DUA beradik perempuan yang menaiki motosikal maut selepas dilanggar sebuah lori dalam kejadian di Jalan PJS 3/2 Taman Medan, Petaling Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata dalam kejadian jam 8.54 malam itu, mangsa berusia 11 dan 15 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki mangsa itu dipercayai hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah lori di laluan terbabit.

“Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat dua beradik itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA LAGI: Pegawai polis wanita buat ‘live’ TikTok ditukar ke IPK Johor

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan orang ramai yang berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

“Saksi juga boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-2679025 untuk bantu siasatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here